Ketika Tengku Daeng Kuning berdiri di atas sebuah batu hitam, beliau telah bermadah :
Batu hitam tak berjodoh Batu hitam tak bergaduh Anak – anakku hendaklah berpakaian hitam Untuk mendapatkan ilmu Gayong
Dengan Bismillah mula dikata Mengingati kebesaran Allah yang mulia Kerana wajib telah ternyata Segala perbuatan haruslah diserta
Seni Gayong payung pusaka Naungan aneka hikmat mulia Rahsia tersimpan di purbakala Ilham menyusun zahir semula
Lembaganya bersih nyawanya suci Berseru kepada putera dan puteri Agama yang mulia junjunglah tinggi Belalah bangsa, adat dan negeri
Gayong mencantum bersatu padu Mengingatkan junjungan empunya seru Sama sendiri bantu membantu Selamat sejahtera hajat dituju
Besi kuning besi kesakti Anak panah Sang Rajuna Kembali Gayong kebudayaan asli Di Tanah Melayu hulubalang tua
Tempana Nipis nama asalku Keris pusaka Ratu Dewangga Niat derhaka kepada rajaku Taming menyerah keris pusaka
Tempana nipis asal namaku Besi tua di Tanah Jawa Hidup kembali kebudayaan bangsaku Tidak Melayu hilang di dunia
Majapahit nama negara Tempat ratu Raja Jawa Kalau diguna akal bicara Kebudayaan Melayu subur semula
Seni Gayong seni asli Dari pusaka ibu pertiwi Umat Melayu menjunjung tinggi Akhir hayat tidak dilupai
Seni Gayong sudah terpuji Dijunjung oleh ibu pertiwi Pemuda pemudi harus pelajari Agar Gayong kekal abadi
Seni Gayong seni Melayu Tidak senang untuk ditiru Taat setia untuk mengaku Supaya menjadi lambang Melayu
Seni Gayong seni pusaka Dipimpin oleh putera negara Supaya dapat taat setia Amanah guru harus dijaga
Seruan dan slogan yang tersimpul di dalamnya falsafah persaudaraan, perjuangan dan pengorbanan. Ia pencetus semangat yang ingin ditanam oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman kepada seluruh muridnya di Malaysia dan Serantau.
Berikut ialah pesanan yang merupakan pusaka dari pahlawan Gayong, yang mana Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman merupakan waris zuriat dan kesinambungan perjuangannya.
1. GAYONG !!! Siapa Gayong ?, aku Gayong dan engkau pun Gayong.
2. Di mana Gayong ?, di sini Gayong dan di sana pun Gayong.
3. Apa erti gayong ?
i. Genggam ii. Angkat iii. Yakin iv. Waras v. Ngeri Iaitu menunaikan seruan dan perintah Allah S.W.T dalam rukun Islam yang 5 dan mendirikan sembahyang fardhu 5 kali sehari semalam.
4. Gayong bergayut, kata bersahut Biduk berlalu, kiambang bertaut
5. Pecah Gayong di dalam dulang Dulang hanyut di lautan tujuh Pecah Gayong perpecahan sayang Di satu masa balik berpadu ( berteguh )
i. Segayong ii. Sekendi iii. Seperigi iv. Seminum v. Sejalan vi. Sejadi vii. Sedarah viii. Sedaging ix. Sepadu
6. Ke bukit sama – sama didaki Ke lurah sama – sama dituruni Ke laut sama – sama direnangi Berat sama – sama dipikul Ringan sama – sama dijinjing Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut Berpantang maut sebelum ajal